Welcome to my world. Please respect me. Thank you. +Follow | Dashboard
Razmiela's ♥






I......miss......you......
Sunday, 27 May 2012 | 4:06 pm | 0 bicara hati

Dia datang rumah aku. Dia ada depan mata aku sekarang ni. Betul ke apa yang aku nampak ni? Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku masa tu. Aku dah lama tak nampak muka dia. Tiba tiba dia ada kat rumah aku. Dia lah orang yg aku rindu selama ni. Aku terdiam, tak boleh nak bercakap apa apa lagi. Yg aku tahu, jantung aku berdegup laju. Aku tak habis habis mengucapkan syukur kepada Allah kerana kabulkan doa aku untuk berjumpa dengan dia selama ni. Tak tau mcm mana, secara tiba tiba dia muncul.. Aku bangun pagi je terus nampak muka dia. Eh tipu. Dia tak lah tidur sebelah aku. Dia tidur atas sofa. Aku nampak mak dengan abah. Hati aku terdetik, macam mana mak dgn abah boleh bagi dia ni masuk rumah? Then dia terbangun. Aku tenung je dia. Dia senyum, aku pun senyum. Muka dia sangat penat. Entah mana dia pergi melepak malam tadi, ah malas aku nak amik tahu. Aku tanya dia you bila sampai? Dia jawab, dari semalam, tapi you dah tidur. I tak sampai hati nak kejutkan. Ya Allah kesian dia tunggu aku sampai pagi. Then aku pergi kat mak, aku tanya mak macam mana mak boleh izinkan dia masuk dalam rumah ni. Mak senyum, mak cakap mak tak sanggup nak tengok aku menangis lagi tiap tiap hari. Hm Ya Allah, terima kasih mak, abah. Kami berbual macam biasa. Aku asyik tampar muka aku je. Nak pastikan sama ada ini permainan mimpi atau realiti? Mungkin ia memang realiti. Kami menghabiskan banyak masa bersama. Dah lama aku tunggu saat ni. Dah lama aku tak pegang muka dia. Aku rindu dia. Sangat sangat. Tak lama lepas tu, mak ajak kami makan. Tak pernah sekali pun tangan aku terlepas dari tangan dia. Sepanjang masa tangan kami sentiasa bertaut. Dan yeh, aku rasa happy sangat dengan semua ni. Aku tak berhenti berdoa supaya kekalkanlah kebahagiaan ni. Kami makan, banyak benda yg kami kongsikan bersama, bergurau senda, dan tak berhenti ketawa. Hm :') Lepastu, mak ada sediakan buah mangga. Aku tanya dia, sayang nak tak? Mula mula dia cakap taknak. Aku marah dia, makan lah sikit. Dia terus buka mulut dia, dan aku suapkan dia buah mangga tu. Masa tulah, aku dapat rasa mmg aku makin happy bila dia ada depan mata aku. Aku perhatikan muka dia masa kunyah buah mangga tu, boleh tahan handsome hihi. Comel muka dia terkulat-kulat makan buah mangga yang masam tu. Sekali lagi aku tampar muka aku, aku ni mimpi ke? Aku seakan tidak percaya. Tanpa disedari, aku menitiskan air mata kegembiraan. Dia pandang muka aku. Muka dia cuak gila masa tu. Dia tarik tangan aku, dia tanya kenapa you menangis? Aku cakap, I takut you tinggalkan I lagi. Dia senyum, dan dia cakap insyaAllah I tak tinggalkan you sayang. I minta maaf kalau sebelum ni I tinggalkan you tanpa sebab. Banyak benda yg I dah buat yg sakitkan hati you. Thats why I ada depan mata you ni, I nak spent time dgn you, I nak tebus balik semua kesalahan I dkt you. Allahuakbar. Allah sahaja yg tahu perasaan aku masa tu. Doa aku, biarlah dia menepati janji dia tu. Cukup sekali aku menangis pasal perkara yg pernah dia buat kat aku masa dulu. Mungkin dia sedar riak muka aku masa tu dah berubah, dia terus tarik aku dalam pelukan dia. Aku dapat rasakan kehangatan pelukan erat dia. Semakin lama semakin erat. Seolah olah aku taknak pelukan tu terlepas. Dia cakap, sayang, I tak suka tengok you menangis. Berhenti menangis. Cukuplah sekali I buat you sakit hati dgn perangai I. InsyaAllah I tak akan tinggalkan you, dengan izin Allah. Aku diam membisu, apa lagi yg aku patut katakan masa tu? Hanya perkataan Alhamdulillah tidak pernah lekang di dalam hati aku. Pelukan kami terlerai. Dia kesat air mata aku yg masa tu tak berhenti mengalir. Dia sangat memahami. Dan aku terfikir, mungkin dia mmg dah sedar kesalahan dia. Memang dia dah berubah, aku yakin. Dia bukan Myrul yang aku kenal dulu. Alhamdulillah. Dia pegang rambut aku. Dia tenung muka aku. Biasalahkan, kalau dah macamtu, memang aku malu. Standard lah perempuan kan mmg macamni? Kami diam, tak tau apa lagi nak bercakap. Mungkin masing masing melayan perasaan. Lepastu dia terus bersuara. Mungkin dia bosan senyap sunyi je hahaha. Dia cakap, sayang, I nak tidur jap boleh? Aku nampak muka dia pun masa tu, penat sangat. Mungkin penat melayan kerenah aku. Aku izinkan dia tidur. Dalam hati, apa lah dia ni. Kalau nak tidur, tidur jela. Buatpa nak bagitau aku? Hahaha. Tak sampai seminit dia letak kepala atas bantal, dia terus tidur. Hahaha ya Allah comelnyaaa muka dia tidurrrr  Rasa macam nak cubit cubit je pipi dia! Tapi nanti dia marah aku :'( hahaha. Dia bangun je dia cari aku. Alahai comelnya dia ni. Aku tanya dia kenapa terbangun? Dia kata dia takboleh tidur. Alah tipu je tau dia tu, time aku tenung muka dia, dia tidur lena sangat. Sampai tak sedar, entah entah mimpi kahwin dgn aku ke apa hahahaha Eh? :p Lepastu dia cakap, kejap lagi I nak balik, ibu dah nak datang. Aku sedih............ Hm. Dia cakap nanti I datang lagi, I teman kan you. I taknak balik, tapi nanti apa pulak cakap mak dgn abah kan. Nanti kita jumpa lagi k? Aku buat muka. Hehehe kesian dia kena layan perangai aku ni. Aku cakap hm okay lah. Sementara tunggu ibu dia sampai, dia berbual dgn mak abah. Alahai amik hati letew hahaha. Tak sampai berapa minit, ibu dia dah sampai. Aku cakap dgn dia ibu dah sampai. Dia salam mak abah, dia terus keluar. Aku temankan dia. Kitorang senyap je masatu. Jujur, aku taknak dia balik. Aku nak dia temankan aku je :'( Tapi apa boleh buat, kitorang bukannya dah kahwin, PMR pun belum lepas kan Hahaha. Lepastu, dia kata eh kejap, barang I tertinggal kat dalam. Aku tanya ha barang apa? Dia jawab tokan tertinggal. Ha itulah yg aku ingat. Tokan tu apa aku pun tak tau hahaha sumpah meleweh. Aku perhatikan je dia masuk dalam rumah. Then dia keluar balik. Aku tak sampai hati tengok dia balik sebenarnya hm. Aku salam dia, aku cium tangan dia. Then dia terus cium pipi aku. Dia bisik dkat telinga aku, Iloveyou sayang. Hm ya Allah, sekali lagi aku nak menangis time tu :'( Sebelum masuk dalam kereta, dia kata ha sayang jangan nangis k. Malam nnt text, mwah :* Hm okay I tunggu sayang...... Then aku perasan ibu dia dalam kereta tu, aku senyum je then aku lambai tangan kat ibu dia, aku perasan adik adik dia pun ada terutama sekali si kecik tuh hehehe. Tapi aku tak berapa nampak sgt, pandangan aku kabur, mungkin sbb dah malam kan. Ha sehari suntuk dia spent time kat rumah aku. Hm ya Allah, bestnya :'( 
Lepastu makin lama pandangan aku makin kabur. Tak sampai beberapa saat, aku tersedar! Aku perasan aku ada atas katil, aku still pakai baju semalam. Aku menjerit. Ya Allah, kenapa Engkau bagi aku mimpi sebegini rupa? Sambil menangis nangis, aku hentak hentak katil! Kenapa mimpi ni yg patut aku dapat? Apa maksud semua ni? APA MAKSUDNYA??!! Cukuplah sekali. Aku cuba nak lupakan dia, tapi mimpi ni yg aku dapat. Mimpi yg mengingatkan kembali aku dekat dia. Ya Allah :'( Aku rindu Myrul...... Sangat sangat.................... Dan sampai sekarang jujur, aku tak berhenti berdoa supaya mimpi tu semua menjadi kenyataan, InsyaAllah 
Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku. Kalau ini yg aku patut dapat, aku redha. Tapi jika ada rezeki hubungan aku dgn dia kembali pulih, maka kau kabulkan ia. Cukuplah berkali aku teringat pasal dia, aku menangis pasal dia. Kau kurniakanlah aku kebahagiaan ya Allah :'( Rabbana atina fiddun ya hasanah, wa fil akhiratil hasanah, wa qina azabbana.  



Older Post